GAZA: Sebanyak 25 negara Barat termasuk Britain, Perancis, Canada, Australia dan New Zealand menggesa Israel menghentikan segera perang di Gaza dan mengutuk apa yang mereka sifatkan sebagai “pembunuhan tidak berperikemanusiaan” terhadap rakyat Palestin, terutamanya di lokasi agihan bantuan makanan.
Dalam kenyataan bersama pada 21 Julai, negara-negara terbabit menyatakan kemarahan terhadap model pengagihan bantuan Israel yang didakwa “berbahaya, menambah ketidakstabilan dan...





