Jumlah serangan siber yang disyaki dilakukan kumpulan ancaman lanjut berulang (APT) terhadap Singapura meningkat empat kali ganda sejak 2021, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.
APT ialah sekumpulan penggodam canggih yang biasanya mencuri maklumat sensitif, mengganggu perkhidmatan krtikal dan menyerang prasarana penting seperti penjagaan kesihatan, syarikat telekomunikasi, dan pengangkutan.





