Kerajaan Johor terus beriltizam memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui perancangan pembangunan menyeluruh yang merangkumi perumahan, pengurusan risiko banjir, kemampanan bandar dan pemuliharaan alam sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata beliau telah mengadakan pertemuan rasmi dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 16 Julai bagi membentangkan beberapa permohonan strategik demi kepentingan rakyat...





