Negara yang menyokong perdagangan bebas harus memperkukuh kerjasama dan berganding bahu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan perdagangan sejagat yang kian berubah, sebagai tindak balas terhadap pendirian Amerika Syarikat yang semakin mengamalkan dasar perlindungan.
Ini penting kerana mungkin sukar bagi Amerika dan seluruh dunia untuk kembali kepada keadaan sebelum 2 April, apabila Presiden Amerika, Encik Donald Trump, memperkenalkan “dasar perdagangan timbal...





