Dengan industri penerbangan yang semakin kompleks dan mencabar, syarikat penerbangan perlu mengambil pendekatan lebih proaktif terhadap keselamatan, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Pembangunan Negara), Cik Sun Xueling, pada 15 Julai.
Berucap di hadapan sekitar 500 karyawan dalam sektor penerbangan pada Sidang Puncak Keselamatan Penerbangan Asia Pasifik edisi ketiga, Cik Sun berkata pendekatan itu boleh dilaksanakan melalui tiga cara.





