Seorang mangsa telah dihantar ke hospital selepas kebakaran berlaku di bilik tidur sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Toa Payoh pada pagi 14 Julai.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata dalam satu hantaran Facebook bahawa ia dimaklumkan tentang satu kebakaran dan tiba di rumah yang terletak di tingkat 12 Blok 194 Kim Keat Avenue itu pada kira-kira 11.50...





