Impian tiga sekawan yang terdiri daripada penari berpengalaman – Dr Noramin Farid, 39 tahun; Izwan Sarif, 39 tahun; dan Abdul Yazid Juhuri, 40 tahun – untuk mencetus kolaborasi rentas generasi tercapai dalam pementasan tarian, Generasi Kesari, melalui satu usaha bersama bergelar, TIGA Collective.
Ditubuhkan pada 2023, TIGA Collective merupakan sebuah projek berteraskan seni tarian Melayu yang bertujuan menjalin kesinambungan ilmu...





