Sempena sambutan ulang tahun ke-45, Masjid An-Nur akan menganjurkan Makan Malam Gala ke-45 pada Sabtu, 26 Julai 2025. Majlis akan berlangsung di The Grand Ballroom, Grand Hyatt Singapore, dari 6.30 petang hingga 10 malam.
Pegawai Eksekutif Sumber Manusia dan pegawai bertanggungjawab bagi program majlis makan malam itu, Cik Rosalinah Mohamed Ali, berkata acara tersebut akan menghimpunkan wakil masjid, badan sosial,...





