Singapore Airlines (SIA) mengumumkan kerjasama dengan Mandai Wildlife Group, yang menguruskan taman hidupan liar Singapura, bagi mencipta pengalaman pelanggan dan meningkatkan tawaran syarikat penerbangan nasional tersebut.
Di bawah perkongsian strategik selama tiga tahun, pelanggan SIA akan mendapat akses kepada pengalaman hidupan liar yang unik, koleksi barangan eksklusif dan pelbagai manfaat untuk lawatan ke Mandai Wildlife Reserve, yang diuruskan oleh Mandai...





