AMPANG: Peguam mewakili Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Encik Aizul Rohan mendakwa penggunaan nama XPDC hanya dibenarkan untuk lapan individu yang pernah terbabit secara langsung dan sah bersama kumpulan rock popular era 1990-an itu.
Selain itu, Encik Aizul mendakwa syarikat rakaman Life Records sebagai pemilik hak cipta jenama XPDC hanya membenarkan dan memberi Pemilikan Cap Dagangan (Trademark Ownership) kepada dua kumpulan...





