Sejak kecil, Dr Asyifah Mohamed Rashid, bercita-cita menjadi seorang doktor, satu impian yang dirasakannya seiring dengan namanya, ‘Asyifah’, yang bermaksud ‘penyembuh’ dalam bahasa Arab.
Namun, apabila permohonannya ke sekolah perubatan tempatan tidak berjaya dan kos pengajian di luar negara pula di luar kemampuan keluarganya, beliau memilih untuk menceburi bidang sains, khususnya kimia perubatan, kerana ia masih memberinya peluang menyumbang kepada...





