Apabila diberi peluang melakonkan watak legenda bola sepak, Fandi Ahmad, Mohammed Irfan Mohammed Rizal, 21 tahun, menyifatkan ia sebagai pengalaman yang cukup berharga, ibarat bulan jatuh ke riba.
Irfan, yang kini menuntut dalam jurusan Nitec Lanjutan dalam Pembikinan Filem (Sinematografi) di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, meluahkan rasa teruja membawa watak sang idola dalam pementasan muzikal ‘Beyond The Classroom’...





