Mantan Mufti Singapura, Allahyarham Ustaz Syed Isa Semait, telah menyumbang luas, bukan sahaja kepada umat Islam Singapura, malah kepada pembangunan negara juga, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Semasa ditemui media di Masjid Sultan setelah menunaikan solat jenazah bagi Allahyarham Ustaz Syed Isa pada 7 Julai, Dr Faishal berkata tokoh dan pemimpin...





