KLUANG (Johor): Semua daerah di Johor akan meraih manfaat secara menyeluruh daripada pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), dan bukan tertumpu di kawasan Johor Bahru sahaja, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau menegaskan kesemua 10 daerah di negeri itu sedang giat membangun dalam aspek pengangkutan, prasarana, perumahan dan pelancongan, selaras dengan agenda pemodenan dan transformasi negeri di...





