Keputusan terkini Mahkamah Agung, telah membatalkan peraturan kontroversi pemerintah pada 2023 yang sebelum ini menarik balik larangan eksport pasir laut yang telah berkuat kuasa selama 20 tahun.
Para aktivis menyambut baik keputusan itu, dan menyifatkannya sebagai satu tamparan hebat terhadap kegiatan pengorekan pasir laut yang berisiko tinggi merosakkan ekosistem marin kepulauan, mengancam kelangsungan pulau-pulau kecil, serta menjejas mata pencarian masyarakat...





