Kerajaan Johor terus melaksanakan pelbagai langkah agresif bagi mempercepatkan pembangunan rumah mampu milik menerusi pendekatan bersepadu dan penyelesaian ‘luar kotak’, demi memastikan rakyat negeri itu memiliki kediaman selesa dan terjamin.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata inisiatif seperti sesi libat urus ‘Planning Design Review Committee’ (PDRC) menjadi antara pemacu utama kepada kelancaran projek...





