Dibesarkan di Rumah Kanak-Kanak Pertapis dari usia tiga tahun hingga tujuh tahun, Encik Mohamed Shahfiq Mohamed Sharom, cukup faham cabaran yang dihadapi kanak-kanak yang dijaga di rumah kebajikan itu.
Kini berusia 19 tahun dan seorang pelajar Nitec Lanjutan dalam Perniagaan Runcit di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), beliau membalas budi dengan menyumbang kembali dan menawar khidmat di rumah yang pernah menjadi...





