ISLAMABAD: Usaha diplomatik untuk menamatkan perang berpanjangan di Gaza memasuki fasa baru apabila Mesir kini mengusulkan gencatan senjata selama 60 hari, dengan syarat pembebasan sebahagian tebusan Israel serta kemasukan segera bantuan kemanusiaan ke wilayah yang terkepung itu.
Menteri Luar Mesir, Encik Badr Abdelatty, dalam satu wawancara televisyen tempatan pada malam 29 Jun, mendedahkan cadangan itu merupakan inisiatif bersama Mesir, Qatar...





