Kerajaan Malaysia perlu segera mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik, atau ‘vape’, kerana ia telah menjadi ‘nyawa kedua’ kepada industri tembakau di Malaysia dan semakin berkembang.
Setiausaha Agung Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Encik Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata ‘vape’ kini digunakan sebagai alat untuk meneruskan kelangsungan industri itu di tengah tekanan dasar dan kepentingan kesihatan awam, terutama dengan menyasarkan remaja...





