Usul menarik balik penggantungan keahlian bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, merupakan langkah penting demi perpaduan dan kekuatan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
Ketua Pemuda Umno Johor, Encik Noor Azleen Ambros, berkata bahawa langkah yang dicadangkan itu adalah satu usaha ikhlas dan membina yang selaras dengan misi Umno untuk menyatukan semula kepimpinan di semua peringkat dan...





