SEPANG (Selangor): Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadualkan beroperasi semula mulai 1 Julai.
Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, berkata perkhidmatan yang akan beroperasi dari 10 pagi itu kini pada peringkat akhir percubaan bagi memastikan aspek keselamatan berada pada tahap terbaik, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).





