SEREMBAN: Lelaki berusia 67 tahun ditahan empat hari bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji membabitkan tiga beranak di Mantin.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, berkata suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Selangor pada 15 Jun, selepas laporan polis dibuat keluarga mangsa di Balai Polis Mantin.





