Yayasan Mendaki merancang meluaskan tawaran bagi dermasiswa, pinjaman pelajaran dan biasiswa supaya dapat membantu masyarakat Melayu mengakses peluang bukan sahaja di Singapura, bahkan di luar negara.
Rancangan ini sebahagian usaha untuk memupuk pemimpin dalam industri, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, ketika menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM) tentang strategi baru yang bakal dilaksanakan setelah...





