Seramai 40 belia menyertai Dialog Belia BH-Mendaki yang diadakan buat kali kedua, anjuran bersama Berita Harian (BH) dan Yayasan Mendaki sempena Kempen Raikan Ilmu, pada 13 Jun.
Diadakan di bilik berita BH di Toa Payoh North dan Studio 65, dialog tersebut bertujuan mengupas pandangan dan aspirasi golongan belia mengenai masa depan masyarakat Melayu/Islam, termasuk sumbangan yang boleh diberikan anak muda...





