RIYADH: Serangan udara Israel terhadap fasiliti nuklear dan sasaran ketenteraan di Iran terus mencetuskan kebimbangan mendalam di kalangan pemimpin dunia yang menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan risiko ketidakstabilan di Asia Barat.
Arab Saudi, melalui kenyataan rasmi Kementerian Luar, mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel itu. “Kerajaan Arab Saudi menyatakan kecaman dan penentangan tegas terhadap pencerobohan terang-terangan Israel terhadap Republik Islam Iran yang bersaudara....





