PUTRAJAYA: Malaysia amat kesal dan kecewa terhadap kegagalan berulang kali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menerima pakai ketetapan menggesa gencatan senjata serta-merta dan berkekalan serta penghapusan sekatan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan menegaskan kegagalan berulang Majlis Keselamatan mengambil tindakan menangani satu daripada tragedi kemanusiaan paling buruk sejak Perang Dunia Kedua, berikutan penggunaan kuasa...





