KAJANG (Selangor): Bas kilang membawa pekerja warga asing terbabas dan terbalik di Jalan P/6 Seksyen 13 Bandar Baru Bangi, Selangor, menyebabkan 33 orang mengalami kecederaan ringan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Encik Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.59 pagi dan tiba di lokasi 7.05 pagi.





