Keletah anak-anak istimewa yang ditinggalkan keluarga dan kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan, Jitra, Kedah menarik perhatian penyanyi terkenal, Mohd Ali Kamarudin, 48 tahun, atau mesra disapa Mamat.
Vokalis kumpulan Exist itu berkongsi perasaan sayu dan tidak dapat menahan sebak apabila diberi peluang melawat anak-anak istimewa berkenaan.





