Dialog secara langsung antara Amerika Syarikat dengan China mesti diteruskan kerana kededua pihak akan mendapat manfaat daripada pemahaman lebih mendalam terhadap perspektif masing-masing, walaupun terdapat perbezaan antara mereka, kata Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing.
Bercakap dalam sesi taklimat media pada penutup Dialog Shangri-La pada 1 Jun, beliau menambah, perbualan peribadinya dengan kededua delegasi tersebut, menunjukkan kededua kuasa besar itu...





