JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memperuntuk sebanyak RM30 juta ($9.12 juta) bagi kerja mencantikkan dan naik taraf kawasan pusat bandar sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Johor 2026.
Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Haffiz Ahmad, berkata pelaksanaan inisiatif itu melibatkan penambahbaikan landskap, pencahayaan dan sistem jalan raya agar selaras dengan hasrat menjadikan bandar raya itu sebagai sebuah bandar...





