MACHANG (Kelantan): Hasrat sebuah keluarga untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Machang–Pasir Puteh berhampiran Kampung Banggol Judah pada 1 Jun tengah malam.
Dalam kejadian sekitar 11.50 malam itu, pemandu kereta Proton Waja, Encik Zulkifli Salleh, 54 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi...





