“Saya nampak empat jari walaupun hanya satu ditunjukkan,” kongsi Cik Norhasikin Omar kepada Berita Harian (BH) mengenai detik yang menyedarkan beliau bahawa keadaan kesihatannya bukan sekadar sakit biasa.
Apa yang berlaku selepas itu merupakan perjuangannya untuk terus hidup. Selama 61 hari, suri rumah itu dirawat di hospital, termasuk dua minggu dalam keadaan mencemaskan di unit jagaan rapi (ICU).





