Asean harus terus mendekati Amerika Syarikat secara membina bukan sahaja sebagai negara individu, malah secara bersama sebagai sebuah perkumpulan serantau dalam menangani persekitaran baru yang lebih mencabar dek cabaran perdagangan dan tarif oleh Amerika, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Encik Wong menambah bahawa Asean juga perlu memperkukuh usaha penyepaduannya, dengan lebih banyak usaha perlu dilakukan, termasuk menghapuskan tarif sepenuhnya...





