Pemerintah akan memastikan keselamatan dan kemakmuran Singapura sedang negara ini mengharungi landskap sejagat yang semakin tidak menentu, dengan keutamaan dalam memperkukuh hubungan antarabangsa, daya tahan ekonomi, dan perpaduan sosial, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 23 Mei.
Singapura telah memilih sebuah pemerintah yang kukuh dan stabil, yang boleh melakarkan hala tuju yang mantap untuk fasa pembangunan negara yang seterusnya...





