Pemimpin masyarakat Melayu/Islam mengalu-alukan perubahan kepimpinan dalam hal ehwal masyarakat Islam, sambil melahirkan keyakinan bahawa Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim akan terus memperjuangkan kepentingan masyarakat dan membina usaha yang telah dilakarkan Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Melahirkan penghargaan kepada Encik Masagos, pemimpin masyarakat yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata kepimpinan beliau selaku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam sepanjang...





