Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim akan dilantik Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, menggantikan Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Dr Faishal, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), akan dinaikkan pangkat sebagai Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri) dan melepaskan jawatannya di Kementerian Pembangunan Negara (MND).





