ISKANDAR PUTERI (Johor): Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merekodkan peningkatan ketara sebanyak 66,825 aduan berkaitan konflik manusia dan hidupan liar termasuk gajah bagi tempoh 2020 hingga 2024.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Encik Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia membabitkan nilai kerugian berjumlah RM46.5 juta ($14.06 juta) akibat serangan hidupan liar, dalam tempoh berkenaan.





