GOPENG: Isteri Allahyarham Koperal Amiruddin Zabri, iaitu salah seorang daripada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam nahas di Teluk Intan pada 14 Mei lalu, enggan menyalahkan pemandu lori batu yang menyebabkan kematian suaminya.
Cik Norazian Mohd Joned, 38 tahun, menganggap kematian suaminya dengan cara itu sebagai takdir, selain menyifatkan Allahyarham sendiri pernah seakan mengimpikan kematian yang membuatkan...





