TELUK INTAN: Masih tiada pihak tampil membayar jaminan untuk pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), setakat hari ini.
Timbalan Ketua Polis Perak, Timbalan Komisioner Zulkafli Sariaat, berkata sehubungan itu, pemandu berkenaan, Rudi Zulkarnain Md Radi, 45 tahun, akan terus ditempatkan di lokap Batu Gajah hingga tarikh sebutan semula kes ditetapkan...





