Apabila Cik Nooryani Abdul Talib bergelar ibu tunggal kepada empat orang anak pada 2012, beliau bukan sahaja menanggung berat badan 60 kilogram, malah beban emosi akibat penceraian dan perasaan terpinggir.
Namun, apa yang bermula sebagai perjalanan untuk menurunkan berat badan dan mencari semula keyakinan diri berubah menjadi misi untuk memperkasa wanita melalui latihan kekuatan, khususnya menggunakan kettlebell, atau alat senaman...





