JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka melanggar seekor gajah di Kilometer 50, Jalan Johor Bahru-Mersing, pada malam 13 Mei.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata dalam kejadian kira-kira 9.20 malam itu, pasangan suami isteri berumur 40 dan 38 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mersing menaiki sebuah...





