Seperti peribahasa, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah warisan seni Melayu terus dipelihara dan diperkasakan oleh kumpulan genderang tempatan, Nadi Singapura.
Sempena Festival Seni Antarabangsa Singapura (Sifa) 2025 bertemakan ‘More Than Ever’, persembahan KAKOKI oleh Nadi Singapura, dijadualkan berlangsung pada 17 dan 18 Mei bermula 8.30 malam, di Bedok Town Square, membawa penonton menyelami kisah tentang jati...





