KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Diana Danielle membidas kenyataan seorang pengguna aplikasi TikTok yang sengaja menulis komen wanita sepertinya mudah mendapat duit dengan mengahwini lelaki hartawan.
Dalam nada sinis, Diana berkata beliau tidak perlu berbuat demikian kerana selain sudah sedia kaya, beliau juga berpegang kepada prinsip lebih selesa menggunakan tulang empat kerat sendiri demi mencari rezeki, lapor Berita Harian Malaysia.





