KUALA LUMPUR: Recording Performers Malaysia (RPM) Berhad menafikan dakwaan penyanyi ‘senior’, Shima, berhubung isu bayaran royalti yang dikatakan belum diterima daripada badan terbabit sejak mendaftar sebagai ahli, kira-kira empat tahun lalu (2021).
RPM mendakwa sudah mengagihkan bayaran royalti sebanyak empat kali kepada penyanyi yang popular dengan lagu Teringin itu sejak Ogos 2023.





