Walaupun sudah lebih seminggu konsert Dari Sudut Hati, Habsah Hassan, melabuhkan tirainya di Dewan Konsert Esplanade, masih terpahat dalam ingatan beberapa hadirin akan kesannya tatkala mengamati setiap bait lirik tulisan penulis lirik tersohor, Datuk Habsah Hassan.
Konsert sanjungan untuk Habsah yang menulis lebih 1,000 lirik untuk penyanyi di Nusantara ini, termasuk nama besar seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah...





