Klinik pengamal perubatan am (GP) boleh membida untuk ruang kedai di projek Bina Ikut Tempahan (BTO) Bartley Beacon, di bawah tender perintis pemerintah baru yang akan menilai cadangan bukan hanya berdasarkan sewa.
Di bawah tender Kaedah Harga-Mutu (PQM) oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu, kedai HDB akan dinilai secara keseluruhan berdasarkan faktor harga dan mutu...





