Kebanyakan masanya, penulis lirik adalah golongan yang dilupakan, sedang pencinta muzik hanya menikmati irama lagu yang indah berkumandang di samping suara emas sang bintang yang menyanyikannya.
Bagaimanapun, hadirin pada konsert Pesta Raya, Dari Sudut Hati, Habsah Hassan, pada 2 Mei, bukan sahaja dibawa dalam satu kembara muzik malar segar penuh nostalgia, malah diajak menyanjung budi penulis lirik tersohor Nusantara, Datuk...





