Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Ng Chee Meng, berjaya kembali ke arena politik setelah memenangi 51.47 peratus undi menentang calon Parti Pekerja (WP), Encik Andre Low, yang meraih 48.53 peratus undi bagi SMC Jalan Kayu.
Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) itu berjaya meraih 14,113 undi, berbanding Encik Low, yang meraih 13,307 undi bagi Pilihan Raya Umum 2025...





