Parti Tindakan Rakyat (PAP) berjaya mempertahankan GRC West Coast-Jurong West menurut kiraan sampel yang diumumkan oleh Pejabat Pilihan Raya (ELD) pada 3 Mei.
Pasukan PAP, yang diketuai Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee meraih sebanyak 61 peratus undi, berlawan pasukan Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang meraih sebanyak 39 peratus.





