Meskipun menggalas pelbagai tanggungjawab di peringkat nasional, keutamaannya adalah untuk tetap berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) di GRC Punggol, kata Timbalan Perdana Menteri (DPM), Encik Gan Kim Yong.
Berucap pada rapat Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Sekolah Menengah Yusof Ishak, pada 1 Mei, DPM Gan mengulas kebimbangan penduduk sama ada peranannya di Kabinet dan sebagai pengerusi pasukan petugas ekonomi nasional,...





